🌈PELANGI a.k.a RAINBOW


Bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum w.b.t

Pelangi, pelangi…alangkah indahnya..
Merah Kuning Hijau, 
Di langit yang tinggi..Pelukismu Agung,
Siapa yang tahu..Pelangi, pelangi..
Ciptaan Allah🤲🏻


Haaaaaa mesti selalu dengar lagu ni kan..dengan ini, cikgu nak share sedikit lembaran kerja yang sesuai dan boleh membantu dalam pengecaman dan turutan warna-warna pelangi🌈

1- AISKRIM PELANGI SAYA

Objektif pembelajaran : Boleh menguasai kemahiran motor halus dengan menggunting dan menampal gambar mengikut susunan yang betul.


Langkah-langkah aktiviti;

- Gunting gambar ais krim dan kon dengan berhati-hati mengikut garisan.
- Padankan bebola ais-krim dengan kon
- Susunkan bebola aiskrim di atas kon seperti ais krim sebenar
- Lekatkan menggunakan gam.
(Boleh juga dijadikan aiskrim pelangi bertingkat mengikut kreativiti)








2- RAINBOW CATERPILLAR 

Objektif pembelajaran : Mengenal dan memadankan warna dengan betul melalui aktiviti mewarna mengikut petunjuk yang diberikan.

Langkah-langkah aktiviti;

- Perhatikan titik warna pada setiap bahagian badan ulat
- Warnakan setiap bulatan badan ukat mengikut warna titik yang terdapat di dalamnya
- Warnakan dengan kemas dan tidak keluar dari garisan
- Setelah siap, sebutkan nama warna yang telah digunakan mengikut urutan badan ulat.





Semoga perkongsian dari Cikgu Yana dapat membantu serba sedikit mengenai pengecaman warna-warna pelangi ya dan selamat mencuba😉 
 

Ulasan

Catat Ulasan