Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2026

MY MINI SELFBOOK📝

Imej
 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Sebagai pendidik awal kanak-kanak, pengenalan diri merupakan asas penting dalam membina keyakinan, komunikasi dan perkembangan sosial.  My Mini Selfbook dihasilkan sebagai satu bahan pembelajaran berfokuskan kepada kanak-kanak dalam mengenali diri sendiri secara berperingkat melalui aktiviti yang mudah, kreatif dan bermakna. Helaian 1:   This Is Me Pada helaian ini, kanak-kanak diminta melukis gambar diri sendiri atau menampal foto. Aktiviti ini memberi ruang kepada kanak-kanak mengekspresikan rupa diri serta membina kesedaran kendiri. Objektif Pembelajaran: M engenal dan menyatakan identiti diri melalui lukisan atau gambar diri sendiri.  Helaian 2:  My Name Is … Helaian ini membantu  kanak-kanak  memperkenalkan nama mereka secara lisan dan bertulis dengan bimbingan. Ia sesuai untuk aktiviti awal literasi dan komunikasi. Objektif Pembelajaran: Menyebut dan mengenal nama sendiri sebagai sebahagian d...

🌈PELANGI a.k.a RAINBOW

Imej
Bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum w.b.t Pelangi, pelangi…alangkah indahnya.. Merah Kuning Hijau,  Di langit yang tinggi..Pelukismu Agung, Siapa yang tahu..Pelangi, pelangi.. Ciptaan Allah🤲🏻 Haaaaaa mesti selalu dengar lagu ni kan..dengan ini, cikgu nak share sedikit lembaran kerja yang sesuai dan boleh membantu dalam pengecaman dan turutan warna-warna pelangi🌈 1- AISKRIM PELANGI SAYA Objektif pembelajaran : Boleh menguasai kemahiran motor halus dengan menggunting dan menampal gambar mengikut susunan yang betul. Langkah-langkah aktiviti; - Gunting gambar ais krim dan kon dengan berhati-hati mengikut garisan. - Padankan bebola ais-krim dengan kon - Susunkan bebola aiskrim di atas kon seperti ais krim sebenar - Lekatkan menggunakan gam. (Boleh juga dijadikan aiskrim pelangi bertingkat mengikut kreativiti) 2- RAINBOW CATERPILLAR  Objektif pembelajaran : Mengenal dan memadankan warna dengan betul melalui aktiviti mewarna mengikut petunjuk yang diberikan. Langkah-la...