MY MINI SELFBOOK📝

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera




Sebagai pendidik awal kanak-kanak, pengenalan diri merupakan asas penting dalam membina keyakinan, komunikasi dan perkembangan sosial. My Mini Selfbook dihasilkan sebagai satu bahan pembelajaran berfokuskan kepada kanak-kanak dalam mengenali diri sendiri secara berperingkat melalui aktiviti yang mudah, kreatif dan bermakna.


Helaian 1:  This Is Me

Pada helaian ini, kanak-kanak diminta melukis gambar diri sendiri atau menampal foto. Aktiviti ini memberi ruang kepada kanak-kanak mengekspresikan rupa diri serta membina kesedaran kendiri.

Objektif Pembelajaran: Mengenal dan menyatakan identiti diri melalui lukisan atau gambar diri sendiri.




 Helaian 2: My Name Is …

Helaian ini membantu kanak-kanak memperkenalkan nama mereka secara lisan dan bertulis dengan bimbingan. Ia sesuai untuk aktiviti awal literasi dan komunikasi.

Objektif Pembelajaran: Menyebut dan mengenal nama sendiri sebagai sebahagian daripada pengenalan diri.


Helaian 3: I Am ___ Years Old

Melalui helaian ini, kanak-kanak menyatakan umur mereka dengan menulis nombor dan menghasilkan capan dengan menggunakan bahan yang sesuai. Aktiviti ini juga menyokong pengenalan awal konsep nombor.

Objektif Pembelajaran: Menyatakan umur sendiri dengan betul melalui aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.


Helaian 4: I Am a Girl / I Am a Boy

Helaian jantina membantu kanak-kanak mengenal dan menyatakan jantina diri dengan yakin. Pendidik boleh membimbing kanak-kanak memahami perbezaan asas secara positif dan hormat.

Objektif Pembelajaran: Mengenal dan menyatakan jantina diri sebagai sebahagian daripada identiti diri.


 Helaian 5: These Are My Parents & My Family Portrait

Sebagai penutup My Mini Selfbook, kanak-kanak melukis atau menampal gambar ibu bapa dan keluarga mereka. Aktiviti ini menekankan nilai kasih sayang, kekeluargaan dan emosi positif.

Objektif Pembelajaran: Mengenal dan menghargai ahli keluarga terdekat serta mengekspresikan perasaan terhadap keluarga.


Secara keseluruhannya, My Mini Selfbook bukan sekadar lembaran kerja, tetapi satu medium pembelajaran awal yang menyokong perkembangan sosial, emosi dan komunikasi. Semoga perkongsian bahan bantu mengajar Cikgu Yana dapat membantu pendidik dalam mengenali diri kanak-kanak serta memahami latar belakang mereka dengan lebih dekat dalam suasana pembelajaran yang selesa dan menyeronokkan. Terima kasih😉




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARI SAYA (NOMBOR 1-10)

All About Me (Diri Saya)