BUNGA KEBANGSAAN (BUNGA RAYA) - EDISI BULAN KEMERDEKAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan Negara kita dan lambang identiti nasional selain daripada Jalur Gemilang, lagu Negaraku, Jata Negara, dan lain-lain. Bentuk Kelopak bunga ini juga pernah dijadikan logo sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1982, 1995, dan 2007. Bagi anak-anak murid/prasekolah, banyak aktiviti kemerdekaan seperti buku skrap, kolaj dan mewarna sering menggunakan bentuk bunga raya sebagai salah satu cara memupuk sifat patriotik dalam kalangan masyarakat di samping menambah pengetahuan asas.
Sumber : Hibiscus flower TZ - Bunga raya - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasDi bawah ini disertakan lembaran kerja mengenai Bunga Kebangsaan iaitu Bunga Raya.
Untuk lembaran kerja di atas, adik-adik boleh mewarna bunga di atas dan seterusnya melipat kertas dengan mengikut garisan bertitik tersebut menjadi jambangan bunga dan seterusnya menggunakan bulatan yang berwarna bendera sebagai pelekat.
Lembaran yang seterusnya adalah aktiviti capan Bunga Raya, yang mana adik-adik boleh menggunakan jari untuk mengecop mengikut bentuk pada bulatan yang disediakan dengan warna merah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Terima kasih sudi singgah ke blog Cikgu Yana💓😉






Ulasan
Catat Ulasan